Wednesday, November 11, 2009

Kita Diberi Pilihan

Seperti sedia maklum, kita diberi pilihan oleh Allah untuk diri sendiri...
Nk pilih baik atau jahat, pahala atau dosa, syurga atau neraka...
Semua bergantung kepada keputusan yang kita buat sehari-hari..
Dan ingatlah, hasil keputusan itu adalah dari pilihan kita sendiri...
















.: Sucikan Hati :.

Pesanan Rasulullah SAW Kepada Saidatina Fatimah Az Zahrah

Aku tertarik dengan artikel ni...
Ambil yg jernih....:)

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

.: Sucikan Hati :.

Tuesday, November 10, 2009

Demam Ape Ni?

Last paper pulak demam...SubhanAllah....
Demam sebab ape ek?
Kalu baby yg baru nk tumbuh gigi atau nk merangkak, baby tu akn demam jgk...
Nk masuk dunia baru...
Adakah aku pn mcm baby tu? kik3....
Adakah demam sebab dh abis degree?
Atau sbb nk meninggalkan alam student dn nk masuk alam pra dewasa?
Adakah aku sudah bersedia?
hmm....

Sunday, November 8, 2009

Meniti Hari-hari Terakhir Sebagai Student...

Finally, esk last paper exam for this whole degree... x sabar sungguh nk tamat.... pasni pikir utk masa depan yg gemilang pulak...hahaha....